TabirAlam
TabirAlam, nama pena yang tercetus dari keindahan Aurora Borealis (cahaya di ufuk Utara). Nama sebenarnya Abdullah Abdul Rahman dilahirkan tanpa saudara kandung pada 12 September 1953 di Ipoh, Perak. Bertugas di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hingga bersara.
Mendapat pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Jalan Connolly, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Rokam, Sekolah Menengah Anderson, Universiti Utara Malaysia dan Open University Malaysia.
Mula aktif dalam bidang kesenian dengan Badan Budaya Perak di bawah kelolaan allahyarham Onie Moraza (1979-85). Sebagai artis budaya bersama Kumpulan Selendang Perak (1985-87) melansungkan persembahan sempena pertabalan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, dan anugerahkan Pingat Peringatan (1985).
Memimpin kumpulan kebudayaan Bougainvillea MBI (1990-93), mewakili Perak ke Fukuoka Asia Week 1992, Jepun. Menyertai Nanning International Folks Arts 2007 di Nanning, China. Selain itu mewakili Perak ke Beijing International Quality Control Circle Convention (1997) di Beijing, China.
Menulis artikel bahasa Inggeris untuk majalah ‘Buletin MBI’ berkaitan produk pelancongan di bandaraya Ipoh; Kam Batik (8/2003), Gerbang Malam (8/2003), Buntong Waterfall (9/2003), Saloma Cafe (9/2003), Mee Rebus Ramli (10/2003), Ipoh Memory Lane (10/2003), Tambun Cave’s Rock Paintings (11/2003), Nam Heong White Coffee Restaurant (11/2003), TKN Fishing Pond (12/2003), Geological Museum (2/2004), Ulu Chepor Waterfall (2/2004). Limau Tambun - Pomelo (3/2004),
Artikel bahasa Inggeris dalam majalah ‘Berita MBI’: Second World War Air Raid Shelters (2/2003), Ipoh Tree (2/2004), Ipoh – Interesting to visit (2/2004), dan Ipoh Bean Sprouts (4/2004).
Menjadi ahli bersekutu dengan ‘Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh’ (PINTAR) sejak 2007 hingga kini.
Mula aktif sebagai e-sasterawan pada tahun 2005 dibawah kelolaan Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (sdr Drirwan) selaku pengasas e-sastera.com. Pernah menghasilkan karya-karya dalam genre pantun, sajak, sajak jenaka (sajen), puisi tradisional seperti syair, seloka, gurindam, nazam, teromba dan lain-lain.
Sepanjang kegiatan dengan e-sastera, sebuah buku telah dihasilkan – “Antologi Haiku 2006” bersama dua orang penulis; sdr Lelahiro, dan sdr Dipinggiran. Dilantik administrator komuniti Teka-Teki pada 2007. Kini dalam rangkaan menghasilkan buku kedua “Himpunan Teka-Teki Pantun”.
Hasil karya-karya pernah disiarkan, antara lain - dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah (DBP), Dewan Sastera (DBP), Jendela Utara (DBP), Pelita Bahsa (DBP), Jelita, Keluarga Harmoni, Warisan, dan Sastera.net. Selain di akhbar Berita Harian, ada juga yang disiarkan di stesen radio tempatan; Radio 3 Ipoh.Fm, Sinar.Fm, dan Klasik Nasional.
Antara penganjur lain, Angkatan sasterawan Nasional kedah (ASASI), Kraftangan Malaysia, serta berkarya secara online berpantun dalam bahasa Inggeris di peosite.com yang berpengkalan di Amerika Syarikat, boleh dilayar di lamanweb: www.peosite.com/pantun
Senarai Artikel:
Pacific Friend – Pacific friends, Japan. (August 1978)
That’s no way to present a superstar – The Star. (5 Jun, 1984)
Excursion to Tambun Hot Springs – Tourism Scope, Korea. (Vol. 1/2005)
Limau Tambun (Pomelo) – Tourism Scope, Korea. (Vol. 1/2005)
Limau Tambun (Pomelo) – Tourism Scope, Korea. (Vol. 1/2005)
Foreign Independent Travelers – Tourism Scope, Korea. (Vol. 4/2006)
Hadiah e-Sastera.com (Hescom) e-Sastera:
Hescom 2005
Jalur Gemilang (pantun sms) karya kemerdekaan
Hescom 2006
Emas Hitam (sajak) Sayembara Sajak Harga Petrol Naik – pertama
Ratcha Anachak Thai (sajak) Sayembara Sajak Thailand – setara
Mikraj (haiku) Anugerah Haiku Melayu Alam Siber – pertama
Hescom 2007
50 Tahun Merdeka (syair) – Sayembara Puisi Tradisional – ketiga
British (haiku) – Anugerah Haiku Melayu Alam Siber – kedua
Hescom 2008
Ramadhan (teromba) – Sayembara Puisi Tradisional – pertama
Maulidur Rasul (syair) – Sayembara Puisi Tradisional – kedua
Hescom 2009
Patriotisme (pantun) Sayembara Pantun Merdeka – kedua
Ramadhan al-Mubarak (qasidah) Sayembara Ramadhan – pertama
Hescom 2011
Mawar Berduri (soneta) – Anugerah Soneta Melayu Alam Siber
Bekalan Hidup (pantun) – Sayembara Jual Beli Pantun – pertama
Majlis Perkahwinan (syair) – Sayembara Perkhawinan – pertama
No comments:
Post a Comment